STATUS UPDATED!
Saya sayang TELEKOM MALAYSIA BERHAD :)
Syaa ffen'd: May 2014
Saya Sayang TM :D

Thursday 15 May 2014

Hari Kualiti 2014

Assalamualaikum.


Pada 24 April 2014 , SMK Munshi Abdullah telah mengadakan Anugerah Hari Kualiti 2014.
Tujuan Anugerah Hari Kualiti 2014 ini diadakan adalah untuk menghargai kecermelangan pelajar-pelajar yang berjaya pada tahun 2013.

SMK Munshi Abdullah memberi penganugerahan kepada pelajar yang mendapat kecermelangan keseluruhan setiap tingkatan dan setiap kelas.

Pelajar yang cemerlang PMR , SPM dan STPM juga diraikan.

Dengan dorongan keluarga angkat kami iaitu Syarikat Telekom Malaysia Berhad , insya-Allah kami akan lebih bersemangat untuk meningkatkan kecemerlangan demi nama sekolah tercinta.

Telekom Malaysia Berhad


Telekom Malaysia Berhad  merupakan syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia dan ketiga terbesar di dunia. TM memegang hak monopoli untuk penyediaan rangkaian telefon talian darat serta mempunyai pegangan yang kukuh dalam pasaran komunikasi telefon mudah alihsetelah mengambil alih Celcom Berhad dan menggabungkannya dengan perkhidmatan mudah alih sendiri, TMTouch.


TM juga memiliki anak syarikat yang menawarkan perkhidmatan internet (TM Net) yang menawarkan perhubungan jalur nipis dan jalur lebar. Perhubungan jalur lebar disalurkan melalui DSL di bawah jenama TMNet Streamyx. Oleh sebab hampir memonopoli kesemua perkhidmatan perhubungan pengguna akhir, TMNet juga merupakan satu-satunya penyumbang jalur lebar DSL broadband di negara ini.

Berikut adalah gambar menara TM di Kuala Lumpur :


Menarik bukan ? Ia adalah bangunan pencakar langit yg indah dan cantik .

TM mempunyai sebuah jumlah syarikat terbanyak dalam kawalan di dalam dan di luar Malaysia. Melalui cabang pelaburan TM International Sdn Bhd, TM telah membeli dan mengawal beberapa telekom permulaan yang mana kebanyakannya berada di kedudukan terdekat dengan rantau negara.

Subsidari tempatan

Subsidari luar negara

  • MobileOne (Singapura)
  • XL (Indonesia)
  • Dialog Telekom (Sri Lanka)
  • Aktel (Bangladesh)
  • Multinet Pakistan
  • Cambodia Samart Communication Co. Ltd.
  • Spice Telecom (India)