STATUS UPDATED!
Saya sayang TELEKOM MALAYSIA BERHAD :)
Syaa ffen'd
Saya Sayang TM :D

Thursday 15 May 2014

Hari Kualiti 2014

Assalamualaikum.


Pada 24 April 2014 , SMK Munshi Abdullah telah mengadakan Anugerah Hari Kualiti 2014.
Tujuan Anugerah Hari Kualiti 2014 ini diadakan adalah untuk menghargai kecermelangan pelajar-pelajar yang berjaya pada tahun 2013.

SMK Munshi Abdullah memberi penganugerahan kepada pelajar yang mendapat kecermelangan keseluruhan setiap tingkatan dan setiap kelas.

Pelajar yang cemerlang PMR , SPM dan STPM juga diraikan.

Dengan dorongan keluarga angkat kami iaitu Syarikat Telekom Malaysia Berhad , insya-Allah kami akan lebih bersemangat untuk meningkatkan kecemerlangan demi nama sekolah tercinta.

Telekom Malaysia Berhad


Telekom Malaysia Berhad  merupakan syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia dan ketiga terbesar di dunia. TM memegang hak monopoli untuk penyediaan rangkaian telefon talian darat serta mempunyai pegangan yang kukuh dalam pasaran komunikasi telefon mudah alihsetelah mengambil alih Celcom Berhad dan menggabungkannya dengan perkhidmatan mudah alih sendiri, TMTouch.


TM juga memiliki anak syarikat yang menawarkan perkhidmatan internet (TM Net) yang menawarkan perhubungan jalur nipis dan jalur lebar. Perhubungan jalur lebar disalurkan melalui DSL di bawah jenama TMNet Streamyx. Oleh sebab hampir memonopoli kesemua perkhidmatan perhubungan pengguna akhir, TMNet juga merupakan satu-satunya penyumbang jalur lebar DSL broadband di negara ini.

Berikut adalah gambar menara TM di Kuala Lumpur :


Menarik bukan ? Ia adalah bangunan pencakar langit yg indah dan cantik .

TM mempunyai sebuah jumlah syarikat terbanyak dalam kawalan di dalam dan di luar Malaysia. Melalui cabang pelaburan TM International Sdn Bhd, TM telah membeli dan mengawal beberapa telekom permulaan yang mana kebanyakannya berada di kedudukan terdekat dengan rantau negara.

Subsidari tempatan

Subsidari luar negara

  • MobileOne (Singapura)
  • XL (Indonesia)
  • Dialog Telekom (Sri Lanka)
  • Aktel (Bangladesh)
  • Multinet Pakistan
  • Cambodia Samart Communication Co. Ltd.
  • Spice Telecom (India)



Wednesday 28 August 2013

Sambutan Hari Raya 2013


Asslamualaikum .

Pada hari sabtu yang lepas, bersamaan 24 ogos 2013, SMK Munshi Abdullah telah mengadakan sambutan Hari Raya Aidil Fitri. Semua murid dibenarkan memakai pakaian perayaan masing-masing.

Pelbagai fesyen dan gaya para pelajar telah memeriahkan sambutan tersebut.
Sambutan bermula jam 12 tengah hari sehingga pulang.
Sebelum sambutan, para pelajar belajar seperti biasa.

Terdapat sebahagian gambar yang sempat saya kongsikan :)




Sekian ,

Saya ingin mengucapkan 

SELAMAT HARI RAYA EIDUL FITRI MAAF ZAHIR BATIN ! 


Friday 19 July 2013

Hari Sukan .


Assalamualaikum . Selamat sejahtera :D

Pada hari Khamis yang lepas, Smk Munshi Abdullah telah mengadakan Hari Sukan Sekolah .
Terdiri daripada 4 buah rumah sukan :


Rumah Merah 


Rumah Hijau


Rumah Kuning


Rumah Biru

Pelbagai acara telah dijalankan.
Antaranya perbarisan , menghias rumah dan sebagainya .

Juara : Hijau
Naib juara : Merah
Ketiga : Kuning
Keempat : Biru

Sekian .
                                                                      

Sunday 5 May 2013

Hari K U A L I T I ~


Assalamualaikum .. Pagi yang indah harini .
Terasa nak update . haha .

Pada hari Sabtu yang lepas 27 APRIL 2013 , SMK Munshi Abdullah telah mengadakan hari kualiti . 


Hari kualiti ini bertujuan untuk membuat penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar cemerlang tahun 2012 .


Pelajar cemerlang kelas 2 RK .
Dari kiri : Athirah , Aimi , Azra .
Mereka adalah pelajar yang terbaik ditingkatan 1 tahun 2012 .
Sekarang mereka berada ditingkatan 2 .
Tahniah diucapkan kepada mereka .


Thursday 18 April 2013

Ingat STUDY Ingat i-think !!



Assalamualaikum .

Haii , Harini nak cerita berkenaan i-think .

Tujuan program i-Think adalah untuk membantu pihak sekolah dengan memupuk kemahiran berfikir pelajar menyemai budaya pembelajaran sepanjang hayat dan mahir di dalam menyelesaikan masalah dan berupaya menghasilkan jalan penyelesaian secara kreatif di kalangan murid sekolah. i-THINK melahirkan inovator generasi masa depan Malaysia dengan kebolehan dan kemahiran berfikir secara kritis serta berupaya untuk menyesuaikan diri dan menangani cabaran pada masa akan datang.

Contoh-contoh PETA i-THINK

Peta Bulatan / Circle Map

Peta Buih / Bubble Map

Peta Buih Berganda / Double-Bubble Map

Peta Pokok / Tree Map

Peta Dakap / Brace Map

Peta Alir / Flow Map

Peta Pelbagai Alir / Multi-Flow Map

Peta Titi / Bridge Map

Itu adalah semua peta-peta i-Think . Terima Kasih kerana membaca .
Insyaallah jumpa entry seterusnya .
Byee .
Assalamualaikum ..



Saturday 6 April 2013

Blogger Class with TM :)


Assalamualaikum ~
Gambar time class dengan TM .
Tengok bawah ni Nurizz !


Nurizz . Hehee .


Syahira aka Sya Maya dengann Ainii :)




*Dalam makmal*


When i editing my blog *OME

Tujuan saya join kelas ni untuk tambah pengetahuan tentang blog .
Saya dah ade pengalaman blog sbelum ni . 
Tapi yg tu personal , yg ni public :DD
Okayy Byee !