STATUS UPDATED!
Saya sayang TELEKOM MALAYSIA BERHAD :)
Syaa ffen'd: 2013
Saya Sayang TM :D

Wednesday 28 August 2013

Sambutan Hari Raya 2013


Asslamualaikum .

Pada hari sabtu yang lepas, bersamaan 24 ogos 2013, SMK Munshi Abdullah telah mengadakan sambutan Hari Raya Aidil Fitri. Semua murid dibenarkan memakai pakaian perayaan masing-masing.

Pelbagai fesyen dan gaya para pelajar telah memeriahkan sambutan tersebut.
Sambutan bermula jam 12 tengah hari sehingga pulang.
Sebelum sambutan, para pelajar belajar seperti biasa.

Terdapat sebahagian gambar yang sempat saya kongsikan :)




Sekian ,

Saya ingin mengucapkan 

SELAMAT HARI RAYA EIDUL FITRI MAAF ZAHIR BATIN ! 


Friday 19 July 2013

Hari Sukan .


Assalamualaikum . Selamat sejahtera :D

Pada hari Khamis yang lepas, Smk Munshi Abdullah telah mengadakan Hari Sukan Sekolah .
Terdiri daripada 4 buah rumah sukan :


Rumah Merah 


Rumah Hijau


Rumah Kuning


Rumah Biru

Pelbagai acara telah dijalankan.
Antaranya perbarisan , menghias rumah dan sebagainya .

Juara : Hijau
Naib juara : Merah
Ketiga : Kuning
Keempat : Biru

Sekian .
                                                                      

Sunday 5 May 2013

Hari K U A L I T I ~


Assalamualaikum .. Pagi yang indah harini .
Terasa nak update . haha .

Pada hari Sabtu yang lepas 27 APRIL 2013 , SMK Munshi Abdullah telah mengadakan hari kualiti . 


Hari kualiti ini bertujuan untuk membuat penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar cemerlang tahun 2012 .


Pelajar cemerlang kelas 2 RK .
Dari kiri : Athirah , Aimi , Azra .
Mereka adalah pelajar yang terbaik ditingkatan 1 tahun 2012 .
Sekarang mereka berada ditingkatan 2 .
Tahniah diucapkan kepada mereka .


Thursday 18 April 2013

Ingat STUDY Ingat i-think !!



Assalamualaikum .

Haii , Harini nak cerita berkenaan i-think .

Tujuan program i-Think adalah untuk membantu pihak sekolah dengan memupuk kemahiran berfikir pelajar menyemai budaya pembelajaran sepanjang hayat dan mahir di dalam menyelesaikan masalah dan berupaya menghasilkan jalan penyelesaian secara kreatif di kalangan murid sekolah. i-THINK melahirkan inovator generasi masa depan Malaysia dengan kebolehan dan kemahiran berfikir secara kritis serta berupaya untuk menyesuaikan diri dan menangani cabaran pada masa akan datang.

Contoh-contoh PETA i-THINK

Peta Bulatan / Circle Map

Peta Buih / Bubble Map

Peta Buih Berganda / Double-Bubble Map

Peta Pokok / Tree Map

Peta Dakap / Brace Map

Peta Alir / Flow Map

Peta Pelbagai Alir / Multi-Flow Map

Peta Titi / Bridge Map

Itu adalah semua peta-peta i-Think . Terima Kasih kerana membaca .
Insyaallah jumpa entry seterusnya .
Byee .
Assalamualaikum ..



Saturday 6 April 2013

Blogger Class with TM :)


Assalamualaikum ~
Gambar time class dengan TM .
Tengok bawah ni Nurizz !


Nurizz . Hehee .


Syahira aka Sya Maya dengann Ainii :)




*Dalam makmal*


When i editing my blog *OME

Tujuan saya join kelas ni untuk tambah pengetahuan tentang blog .
Saya dah ade pengalaman blog sbelum ni . 
Tapi yg tu personal , yg ni public :DD
Okayy Byee !

Merentas desa ! :DD


Assalamualaikum !
Sekarang tentang Merentas desa .

"Sungai Air Tawar : Pada 19 Januari 2013, SMK Munshi Abdullah telah mengadakan larian merentas desa peringkat sekolah yang melibatkan semua pelajar SMK Munshi Abdullah mengikut kategori yang telah ditetapkan."


Ready ? Get set .. GO !!
Muahahaha ~


Go go go ~ Lari lari ~

"Larian merentas desa tersebut telah dirasmikan En Omar Hamsa selaku wakil PPD. Dalam ucapan beliau menyatakan tahniah kerana berjaya melaksanakan larian merentas desa ini dengan jayanya dan mengumumkan bahawa SMK Munshi Abdullah akan menjadi tuan rumah bagi kejohanan Merentas Desa peringkat daerah dan negeri masing - masing akan berlangsung pada 1 februari dan 23 februari 2013. Sehubungan dengan itu beliau berharap daerah Sabak Bernam mampu mengekalkan dan sekaligus mengulangi pencapaian tahun lepas dengan menjadi juara keseluruhan dalam kejohanan tersebut."

Kauorang nak tahuu ? Rumah MERAH JUARA !
Saya rumah meraahh . *batak* -.-'

"Dalam Kejohanan Merentas Desa bagi edisi kali ini tempat pertama dimenangi oleh kontigen Rumah Merah, kedua kontigen rumah Biru, ketiga kontigen rumah Hijau dan keempat kontigen rumah Kuning."

Alright . Tujee . Congrats pada rumah merah ..
Bye byee . Assalamualaikum .


'bout school :)


Assalamualaikum .

How re you ?
Haha . *kekok* -..-

err . 

Saya nak cerite pasal  S E K O L A H

Nama skolah saya ,

- S M K  M U N S H I  A B D U L L A H -

Sejarah ?

Alright .

There ..
__________________________________________


"Mempunyai dua aliran yang dikenali sebagai Darjah Menengah Kebangsaan dan Darjah Menengah Jenis Kebangsaan (Inggeris). Kelas- kelas darjah menengah ini menumpang di tiga buah sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan Parit Baru, Sekolah Kebangsaan Sungai Air Tawar (SK Seri Mawar) dan Sekolah Kebangsaan Simpang Empat, Bagan Nakhoda Omar (BNO).
Darjah-darjah menengah yang telah mula dibuka pada 11 Januari 1965. Tiap-tiap darjah menengah yang tersebut diketuai oleh seorang guru yang dipanggil Guru Ketua.
Pada 8 Januari 1968, kelas-kelas tersebut telah dipindahkan ke bangunan sendiri seperti yang ada sekarang dan dikenali sebagai Sekolah Menengah, Sabak Bernam Barat.
Y.A.B Tun Abd Razak bin Hussein telah menyempurnakan perasmian sekolah ini pada 29 Mac 1969 dan namanya telah ditukar kepada Sekolah Menengah Munshi Abdullah, Sabak Bernam Barat.
Pada tahun 1964, pihak Kementerian Pelajaran telah mengeluarkan arahan agar membina sebuah sekolah menengah di kawasan DUN Sungai Air Tawar.
Ahli Jawatankuasa Bertindak telah ditubuhkan untuk menguruskan projek tersebut.


Ahli Jawatankuasa Bertindak yang dilantik adalah terdiri daripada:-
Tuan Hj. Yusuf bin Hj. Ramli - Ketua Kampung Sungai Air Tawar
Tuan Hj. Khalil bin Kasmijan - Ketua Penerangan UMNO
Cawangan Sg. Air Tawar
(Pemberita Utusan Melayu)
En. Tukiban bin Hj. Hashim - Ahli Jawatankuasa
En. Samian bin Hj. Hashim - Ahli Jawatankuasa
Tuan Hj. Anuar - Ketua Kampung Tebuk Mufrad


Mereka ini menemui Menteri Pelajaran pada masa itu iaitu Encik Khir Johari dan mengajukan usul agar sekolah yang dipohon itu dibina pada akhir tahun 1966 dan mula digunakan pada tahun 1968. Kini sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah."
 __________________________________________

Done ? Hahaa ( gelak jee --' )
Tu lah sejarah nye . Saya copy dari blog sekolah .
Kalau tak faham boleh rujuk di   SINI 

Gotta go . Byee . Assalamualaikum .

Until next entry ~

Saturday 9 March 2013

My BLOG !


- EIFFEL TOWER -
*TAKDE KAITAN PUN*

Hallow Wallow ~ 
Assalamualaikum ! :D

Blog ,
 act ni second blog .
Yang first personal .
Ni buat atas program skolah .

Ha ha ha -..-
Nak cakap ape ni .

Ok , skolah sya ade buat program kursus blog .
Yang ajar tu akak akak TM .
Then , buat la blog baru . Haha ,

Sumpah BORING entry ni xDD

k la . Tu je , Brb :)


Saturday 2 March 2013